22 May 2018

Sajian manis Cream Anmitsu



Sewaktu saya pergi ke rumah kawan Jepun saya bulan lepas, saya disajikan dengan “cream anmitsu”. “Impression pertama saya, wahhhh . . . cantiknya! Lepas tu, banyaknya . . .! “. Saya dok fikir, “Bagaimana saya nak menghabiskan?!”. Hmmm . . . Habis jugak! Slowly but surely. Sebabnya saya baru selesai makan tengahhari. Untuk diri saya, ini bermakna overload. Keesokkan harinya, saya kena marathon sikit lah, marathon yang takda organizer.

Saya bukan jenis yang tahan makan, tapi senentiasa menyesuaikan sumber input dan output saya. Kurang makan tak boleh, lebih makan pun tak boleh, sebab exercise ni memerlukan tenaga yang adequate.

Anda juga boleh menyediakan “cream anmitsu”. Sebagaimana yang boleh dilihat di dalam gambar, anda perlukan:

·       Fruit cocktail dalam tin
·       Nato de coco
·       Kacang merah
·       Ais krim teh hijau

3 daripada bahan bahan di atas boleh didapati sedia ada/instant kecuali kacang merah. Kawan saya menggunakan kacang merah di dalam tin yang diperbuat dari Jepun. Saya mencadangkan kawan saya, kita buat jam kacang merah sendiri. Mereka mempunyai pendapat tersendiri mengenai cadangan saya.

Kacang merah bukan bahan makanan yang asing untuk orang tempatan. Kita mempunyai kueh kacang merah, bubur kacang merah dan sebagainya. Untuk jam kacang merah seperti di atas, kacang merah direbus bersama gula sehingga kacang menjadir lembut kemudian ditapiskan airnya dan dihancurkan. Kacang kalau direbus lama pun akan hancur.

Sebenarnya ini adalah cadangan pencuci mulut dari saya atau untuk mempernalkan “cream anmitsu”. Bahan bahan yang direka sendiri di dalam hidangan ini unik sebab mempunyai berbagai rasa seperti manis, masam dan pahit. Teh hijau rasanya pahit selain daripada gula yang ditambahkan ke dalam ais-kerim.



21 May 2018

Sukiyaki dan periuk tanah atau clay pot



Sukiyaki adalah makanan musim sejuk di Jepun. Walaupun daging lembu adalah protin utama dalam sajian ini, tetapi daging bukanlah bahan utama di dalam sajian sukiyaki, sebenarnya sukiyaki mengutamakan sayur dan berjenis sayur digunakan di dalam hidangan ini, seperti: daun bawang, sadri besar, rebung, cendawan kering juga sayur kekwa. Bahan bahan yang lain adalah seperti tofu dan mee sun. 

Anda ada pilihan mengggunakan samada mee sun atau pun mee yang diperbuat daripada kentang konjac. Saya membeli mee konjac di Aeon, barangan keluaran tempatan dan biasanya boleh didapati di seksyen makanan sayuran/vegetarian. Mee konjac ini tiada kalori dan saya selalu menggunakannya di dalam hidangan yang lain juga.

Biasanya sukiyaki dimasak dengan menggunakan iron pot/periuk besi yang dimasak di atas meja makan, sebagaimana steam boat dimasak dengan menggunakan ketuhar mini. Saya gunakan claypot/periuk tanah. Anda boleh menggunakan periuh tanah saiz besar yang cantik untuk sajian sekeluarga, terdahulu yang telah dimasak di atas dapur kemudian dihidangkan di atas meja makan. Bersama itu dihidangkan dengan lauk pauk lain.

bahan bahan
500 gm daging lembu yang dipotong nipis, sirloin atau tenderloin
4 daun bawang
1 gulung daun crysanthemum/sayur kekwa 
150 gm rebung
2 leeks
1 celery/sadri besar
1 tofu keras bakar/grilled 
5 cendawan segar
sedikit mee suun
sedikit lemak lembu

bahan bahan untuk warishita (kuah sukiyaki) 1 kali guna
1 kub pati lembu
2 sudu besar gula perang
7 sudu besar kicap cair
2 cawan air 

Kuah sukiyaki boleh dimasak terdahulu satu hari sebelum digunakan dan disampan dalam peti sejuk, kalau nak lebih cuma gandakan bahan bahannya.
  1. Rebus suun dan diketepikan dahulu.
  2. Tofu, gunakan kuali tidak lekat/non-stick dan perangkan kedua-dua belah permukaan tofu. Setelah sejuk, potong 4, 4 segi/square.
  3. Untuk kuah sukiyaki, dalam periuk yang lain, masukkan air, kiub lembu, kicap cair dan gula. Masak sehingga mendidih.
  4. Daun bawang dipotong 1½ inch panjang.
  5. Sadri besar dan leeks dipotong serong dan nipis, 1½ inci panjang.
  6. Rebung dipotong saiz wedges atau setengah bulat.
  7. Untuk daun chrysanthemum, buangkan akar dan bersihkan secukupnya, sayur ni banyak pasir.
  8. Cendawan segar dicuci dan buangkan tangkainya. Belah pangkah di atas permukaan cendawan sebagaimana di dalam gambar. 
  9. Boleh gunakan clay pot atau periuk di buat daripada tanah liat.
  10. Panaskan periuk dan sapukan lemak lembu, masukkan 3 keping daging dan tumis dahulu untuk perasa asas. 
  11. Campurkan kuah sukiyaki, rebung, cendawan, tofu dan rebus sampai suhu mendidih. Api kecil. 
Masukkan bahan bahan yang lain mengikut giliran sebegini dan memakan masa sedikit untuk menggeluarkan rasa daripada bahan bahan sayuran dan sebagainya. 

  1. Daging selebihnya sampai suhu mendidih.
  2. Celery, leeks, daun bawang dan suun. 
  3. Sayur chrysanthemum penghabisan.


Untuk info lanjut, sila ke sini.

20 May 2018

Membuat okonomiyaki sos sendiri



Tahukah anda, anda boleh membuat sos okonomiyaki sendiri?
Anda dah rancang menu hari ini iatu okonomiyaki, tiba-tiba . . . alamak . . . Kehabisan sos. Tak perlu risau! Anda juga mampu menyediakan sos di dalam masa yang singkat dengan pemperolehi barangan yang sungguh mudah didapati di pasaraya. Bahan yang paling penting diperlukan adalah Worcestershire sauce, yang lainnya seperti madu lebah, cuka, pati tomato, apel dan sebagainya. Korokke juga menggunakan sos yang sama. Caranya adalah seperti berikut:

bahan bahan
pati tomato 100 gm, 1 tin kecil
madu lebah 3 sudu besar
Worcestershire sauce 8 sudu besar
cuka 1 sudubesar
Jus lemon/limau 1 sudu besar
1 sudu besar tepung jagung dicampur bersama 8 sudu besar air
1 biji apel hijau kecil
1 biji apel merah yang kecil

cara menyediakan

  1. Gunakan blender, blend apel hijau dan apel merah dengan setengah cawan air. 
  2. Didalam periuk kecil, campurkan tepung jagung bersama air, disusuli kemudian dengan bahan yang lain lain. Nyalakan api kecil, kacau sos sehingga mendidih dan pekat.


Untuk info lanjut, sila ke sini.

18 May 2018

Karaage (ayam goreng)



Perbezaan antara resipi tempatan dan ala Jepun adalah kita menggunakan bahan bahan asas seperti bawang merah, kunyit dan cili manakala resipi Jepun menggunakan kicap cair, halia, bawang putih dan tepung. Kalau kita fikir balik, walaupun resipi ini ala Jepun, bahan bahan yang digunakan bukanlah asing ke mana, di sebaliknya bahan bahan tersebut adalah bahan bahan harian yang kita guna gunakan di dalam resipi makanan tempatan.

Di dalam resipi ini, jenis potongan yang digunakan adalah peha ayam yang tidak bertulang ataupun potongan chicken chop. Saya tidak akan makan ayam goreng tanpa lauk lain dan nasi Sebab 3 peha pun nanti tak cukup. Cara yang paling selamat saya praktik memakan ayam goreng, ayam goreng disajikankan bersama nasi dan sayur.


Bahan bahan
2 peha ayam penuh (potongan chicken chop)
2 sudu besar kicap cair 'orkid'
Halia 1½ setengah inci
3 ulas bawang putih
Tepung putih
Minyak secukupnya untuk menggoreng

  1. Potong antara 8-10 keping peha ayam, gunakan garfu, tusukkan daging ayam.
  2. Untuk melumatkan halia dan bawang putih, gunakan 'fine grater'. Kita perlukan kedua dua pulpa/pulps dan jus.
  3. Gaul sama rata halia, bawang putih dan ayam. Perap antara 15 minit - ½ jam.
  4. Buang kicap dan jus yang berlebihan.
  5. Sebelum menggoreng, ayam disadur bersama tepung terlebih dahulu. 
  6. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam.


Hiaskan ayam goreng dengan kobis yang di hiris halus dan lemon on the side untuk diperah ke atas ayam goreng. 


Untuk info lanjut, pergi ke resipi.

16 May 2018

Chikuzeni (ayam dan sayur)


Anda akan melihat betapa popularnya sajian chikuzeni di supermarket atau seksyen makanan di Jepun. Biasanya ia dijual di dalam bentuk obento ataupun sebagai salah satu hidangan take-away di dalam obento. Chikuzeni adalah makanan yang disediakan asasnya daripada sayuran berakar/root veg, contohnya seperti: akar teratai, akar burdock, baby keladi, rebung. Juga ia akan dicampur bersama sayur yang lain seperti lobak merah dan kacang hijau untuk memberi warna kepada sajian ini.
Daging ayam juga digunakan sebagai perasa tetapi bukan sebagai bahan utama di dalam hidangan ini, hidangan ini mengutamakan sayur berakar dan perencah utama adalah kicap cair/shoyu. Saya suka masakan ini sebab jenis sayurannya, umpamanya seperti baby keladi, ianya sungguh lemak dan manis. Kalau disimpan satu malam, rasanya lebih enak disebabkan rasa sayur dan kuah telah sebati. Untuk resipi ini, saya memberikan sukatan tertentu. Untuk diri saya, saya akan melebihkan baby keladi sebab kandungan karbohidrat yang tinggi, saya tak perlu makan nasi. Output saya tinggi, sememangnya saya akan reka satu sajian makanan yang seimbang dengan input dan output saya,

Bahan bahan
200 gm peha ayam penuh (potongan chicken chop)
100 gm akar teratai/lotus root
100 gm rebung/bamboo shoots
100 gm akar burdock
3 baby keladi kecil
4 cendawan kering
1 lobak merah/carrot
5 suun kentang konjac/shirataki
8 kacang peas/garden peas
1 sudu besar gula perang
5-6 sudu besar kicap cair
1 kiub ayam/optional
  1. Bersihkan cendawan kering, rendam dengan air sebanyak 2 cawan. Air cendawan akan digunakan kemudian.
  2. Bersihkan suun shirataki, gambar di bawah. Di dalam air yang mendidih, panaskan suun 1 minit, diketepikan dahulu. 
  3. Carrot dipotong kecil dan 3 segi.
  4. Rebung dipotong setengah bulat atau 1 per empat.
  5. Akar teratai/lotus root dipotong setengah bulat, kalau diameter kecil dipotong bulat dan direndam dalam air.
  6. Buangkan kulit akar burdock, potong serong dan tipis.
  7. Baby keladi dibuang kulitnya, dipotong dua, tak perlu direndam. Awas . . . baby keladi licin.
  8. Bersihkan kacang peas.
  9. Ayam dibersihkan, potong kecil 5/6. 
  10. Di dalam periuk kecil, panaskan air cendawan, kicap cair, gula dan ayam sehingga suhu mendidih. Matikan api, dibiarkan dahulu.
  11. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk non-stick.
  12. Tumis akar teratai dan akar burdock beberapa minit. Campurkan lobak merah, rebung, baby keladi, cendawan kering dan suun shirataki.
  13. Masukkan kuah dan ayam yang dimasak sebelumnya.
  14. Pastikan paras air melebihi paras sayur dan masak sampai mendidih. Buang lemak yang berlebihan.
  15. Campurkan kiub ayam/optional. Dengan api yang kecil, didihkan sampai kuah sayur menjadi setengah di dalam periuk. Boleh juga ditambah ½ cawan air lagi dan didihkan.
  16. Kacang peas dimasukkan penghabisan.
Tips:
Selepas satu malam, rasa sayur ini akan menjadi lebih muai dan sedap. 

Untuk info lanjut, sila ke sini.