Okonomiyaki (seafood pancake)


Bahan bahan
Tepung putih 250 gm
Air 270 gm
Kobis 350 gm atau setengah kobis sedang
Keladi bukit (yamaimo, mountain yam) 70 gm
1 biji telur
1 pak seafood campur dari Atlantis King
Garam, terpulang kepada anda sebab sos okonomiyaki akan digunakan


Sea-food campur dari Atlantis
king, boleh di beli di Aeon

Bahan untuk permukaan okonomiyaki, toppings
Okonomiyaki sos/ Takoyaki sos
Kewpie mayonis
Serbuk nori/ rumpai laut
Katsuo bushi (kepingan kering skipjack tuna) 

Seterusnya
  1. Makanan laut yang beku direndam bersama air selama 20-30 minit. Panaskan di dalam air mendidih beberapa saat. Ketepikan terdahulu.
  2. Kobis dipotong halus, 3 cm panjang dan ½ cm ketebalan.
  3. Keladi dibuang kulitnya. Dengan menggunakan grater, lumatkan keladi. Nota: keladi bukit licin, sila berhati-hati.
  4. Tepung, air, keladi, telur dan secubit garam digaulkan terdahulu.
  5. Kemudian masukkan kobis dan makanan laut dan digaul samarata.
  6. Gunakan kuali tak lekat, renjis sedikit minyak.
  7. Masukkan campuran okonomiyaki, saiz mengikut kesukaan anda atau saiz roti canai. Bulatkan diameter.
  8. Selepas campuran sudah masak sebelah, balikkan yang kesebelah lain. Tekan seluruh okonomiyaki dengan tekanan yang lembut/gently.
Setelah siap
  1. sapukan sos di atas okonomiyaki
  2. mayonais
  3. serbuk rumpai laut
  4. katsuo bushi, kepingan ikan

Banyak nori, katsuo bushi dan sos okonomiyaki yang halal boleh didapati sekarang.


Bagaimana nak menyediakan okonomiyaki sos sendiri:




bahan bahan
pati tomato 100 gm, 1 tin kecil
madu lebah 3 sudubesar
Worcestershire sauce 8 sudu besar
cuka 1 sudubesar
jus lemon/limau 1 sudu besar
1 sudu besar tepung jagung dicampur bersama 8 sudu besar air
1 biji apel hijau kecil
1 biji apel merah kecil

Cara menyediakan

  1. Gunakan blender, blend apel hijau dan apel merah dengan setengah cawan air. 
  2. Didalam periuk kecil, campurkan tepung jagung bersama air, disusuli kemudian dengan jus apel dan bahan yang lain lain. Nyalakan api kecil, kacau sos sehingga mendidih dan pekat.
sos worcestershire

Keladi bukit/hoi san,
boleh didapati di pasar

Lumatkan keladi bukit
di tempat yang ditunjuk

katsuo bushi (daripada skipjack tuna)
flake yang kecil untuk okonomiyaki
flake yang besar biasanya untuk dibuat kuah mee Jepun

Anda boleh mendapatkan flake dan nori yang halal daripada supplier tertentu.
Try makan okonomiyaki yang sudah dimasak dan dijual di Aeon, lepas itu cuba dirumah.

No comments:

Post a Comment