Anda perlu menyesuaikan timing atau masa toaster
mengikut berat dan saiz kepingan ikan salmon.
Masa minima yang diperlukan adalah 10 minit.
Lebih besar kepingan ikan, lebih masa diperlukan. Dibawah adalah ikan salmon
seberat 108 gm setelah dibakar 12 minit.
Ikan salmom selepas dibakar selama 12 minit (potongan Darnes/Cutlet) |
Untuk resipi isi onigiri, salmon
shioyaki/salmon dan garam. Anda cuma perlu menambah garam secukup
rasa.
Kalau anda menggunakan potongan 'Steak' ikan
salmon, pastikan kulit ikan salmon menghadap kebawah/skin down semasa dibakar.
- Campurkan secubit garam dan sapukan
rata.
- Gunakan foil dan lipat untuk menakung minyak.
- Masa minima 10 minit. Kalau kepingan ikan
melebihi 300 gm, anda boleh tukarkan suhu kepanasan daripada suhu tinggi
ke rendah/low heat selepas 15 minit dan biarkan beberapa
minit lagi. Ini adalah untuk mengelakkan ikan menjadi hitam/hangus.
- Keluarkan ikan, biarkan selama 10 minit untuk
menurunkan suhu. .
- Ikan dialihkan ke dalam pinggan. Untuk isi
onigiri, gunakan kitchen towel untuk membersihkan minyak. Buang kulit dan
tulang ikan, carikkan/shred isi ikan.
Nota penting:
Kepingan seperti diatas mengandungi banyak tulang,
berhati-hati semasa mencarik isi ikan. Pastikan semua tulang dibuang, kalau
tidak bahaya untuk kanak-kanak maupun orang dewasa.
No comments:
Post a Comment