Nikujaga (masak kicap kentang dan daging)




bahan bahan
200 gm daging lembu yang dipotong nipis
4 kentang kecil
1 lobak merah
1 biji bawang kuning
6 kacang buncis
Sedikit suun
1 kiub pati lembu 
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar gula perang

  1. Suun direndam
  2. Kentang dipotong setengah.
  3. Bawang dipotong 6.
  4. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang dan daging.
  5. Masukkan kentang dan lobak merah, tumis sedikit.
  6. Masukkan 2½  cawan air dan pati lembu, didihkan.
  7. Buangkan lemak yang timbul.
  8. Campurkan gula dan kicap cair.
  9. Masak 20 minit sehingga kuahnya meresap ke dalam kentang. Masukkan suun dan ditambah bersama ½ cawan air dan dididih lagi.
  10. Masukkan kacang buncis.




No comments:

Post a Comment