Kami adalah sekumpulan autie dan uncle
yang terdiri daripada orang tempatan dan juga Jepun. Fokus kami adalah menambah
pengetahuan orang ramai untuk memahami masakan Jepun lebih dekat lagi dan kami
masih menyelidik makanan yang lain yang boleh dipamirkan di halaman web ini.
Menyelidik maksudnya ialah mencari gantian kepada barangan
asal/subsitute.
Untuk mencari gantian ni tak mudah
sebab kita perlu adventure makanan dan try menyesuaikan bermacam macam gantian,
ada kalanya adventure jadi venture sebab, kesemua gantian/substitute hancur.
Kita semua faham, citarasa juga
memainkan peranan penting, samada kita puas atau tidak makan makanan asing.
Kalau anda boleh adapt makanan Jepun, calorienya rendah, boleh kurus dan sihat.
Anda cuma perlu kawal kandungan kicap dan gula di dalam makanan. Ada juga
makanan Jepun yang mengikut season, musim panas atau musim sejuk. Saya,
Cynthia, yang lead halaman web ini, masih berkerja keras untuk mencari
resources yang sesuai untuk consumption semua.
Yang penting, ada kepuasan makan,
calorie tak tinggi sangat, perut kenyang tapi very functional. Bagi saya, apa
yang saya perlukan daripada makanan, kesemuanya saya sudah miliki.
Regards,
Cynthia
Hak cetak milik/Copyright
Segala kandungan text, imej, gambar,
video jikalau ada, adalah hakmilik "jommasakalajepun.blogspot.com".
Pencetakkan semula dilarang samasekali. Sebaliknya, anda boleh menulis dan
meminta kebenaran di alamat berikut:
thinknolonger@gmail.com
Kandungan dan gambar boleh dipromosikan dengan mencatatkan,
sumber :"jommasakalajepun.blogspot.com"
Penafian/Disclaimer
Walaupun asalnya hidangan masakan ini
daripada Jepun, rasanya akan berbeza daripada yang
asli terutamanya kerana:
- Ramuan dan bahan bahan telah diubah suai
mengikut citarasa tempatan.
- Tiap-tiap negeri/soil mengeluarkan sayuran
yang berbeza rasa, saiz dan rupa, walaupun jenis kumplulan adalah sama.
Kami tidak akan bertanggung-jawab
keatas sebarang kerugian yang berpunca dari:
- Kerosakan alat atau perkakas dapur yang anda
gunakan.
- Sebarang alahan/allergy makanan, begitu juga
dengan masalah kesihatan yang lain, contohnya kencing manis, darah tinggi
dan sebagainya, jikalau ada, oleh pengguna setelah mencuba bahan bahan
yang disyorkan di dalam resipi ini.
Sila gunakan resipi-resipi ini dengan
bijak.
kemaskini terakhir: April 2018
No comments:
Post a Comment