Merebus edamame


Apa dia edamame? Edamame adalah sejenis kacang soya atau 3 kacang dalam satu bingkai keras/3 beans in a pod. Edamame mengandungi berbagai vitamin dan khasiat termasuk folate, phosphorus, protein, vitamin K, diantaranya. Ia adalah snek kegemaran atau makanan sampingan di kalangan orang Jepun.

Satu pak edamame mengandungi antara 400 gm - 500 gm. Banyak atau kurang:
  • Edamame direbus dengan air sehingga air mendidih. Pastikan paras air melebihi sukatan edamame. 
  • Selepas mendidih, biarkan 2/3 minit.
  • Buangkan air.
  • Tabur sedikit garam kasar.

Sesetengah suka edamame yang lembut, sesetengah tidak. Lebih lama direbus, edamame menjadi lebih lembut.
Kulitnya tidak dimakan, cara makan: cubit kulit dan keluarkan kacang.


Edamame yang dijual di Aeon

No comments:

Post a Comment