Tahukah anda, anda boleh membuat sos okonomiyaki
sendiri?
Anda dah rancang menu hari ini iatu okonomiyaki,
tiba-tiba . . . alamak . . . Kehabisan sos. Tak perlu risau! Anda juga mampu
menyediakan sos di dalam masa yang singkat dengan pemperolehi barangan yang
sungguh mudah didapati di pasaraya. Bahan yang paling penting diperlukan adalah
Worcestershire sauce, yang lainnya seperti madu lebah, cuka, pati tomato, apel
dan sebagainya. Korokke juga menggunakan sos yang sama. Caranya adalah seperti
berikut:
bahan bahan
pati tomato 100 gm, 1 tin kecil
madu lebah 3 sudu besar
Worcestershire sauce 8 sudu besar
cuka 1 sudubesar
Jus lemon/limau 1 sudu besar
1 sudu besar tepung jagung dicampur bersama 8 sudu besar air
1 biji apel hijau kecil
1 biji apel merah yang kecil
cara menyediakan
- Gunakan blender, blend apel hijau dan apel merah dengan setengah cawan air.
- Didalam periuk kecil, campurkan tepung jagung bersama air, disusuli kemudian dengan bahan yang lain lain. Nyalakan api kecil, kacau sos sehingga mendidih dan pekat.
Untuk info lanjut, sila
ke sini.
No comments:
Post a Comment