Sukiyaki adalah makanan musim sejuk di Jepun.
Walaupun daging lembu adalah protin utama dalam sajian ini, tetapi daging
bukanlah bahan utama di dalam sajian sukiyaki, sebenarnya sukiyaki mengutamakan
sayur dan berjenis sayur digunakan di dalam hidangan ini, seperti: daun bawang,
sadri besar, rebung, cendawan kering juga sayur kekwa. Bahan bahan yang lain
adalah seperti tofu dan mee sun.
Anda ada pilihan mengggunakan samada mee sun atau pun
mee yang diperbuat daripada kentang konjac. Saya membeli mee konjac di Aeon,
barangan keluaran tempatan dan biasanya boleh didapati di seksyen makanan
sayuran/vegetarian. Mee konjac ini tiada kalori dan saya selalu menggunakannya
di dalam hidangan yang lain juga.
Biasanya sukiyaki dimasak dengan menggunakan iron
pot/periuk besi yang dimasak di atas meja makan, sebagaimana steam boat dimasak
dengan menggunakan ketuhar mini. Saya gunakan claypot/periuk tanah. Anda boleh
menggunakan periuh tanah saiz besar yang cantik untuk sajian sekeluarga,
terdahulu yang telah dimasak di atas dapur kemudian dihidangkan di atas meja
makan. Bersama itu dihidangkan dengan lauk pauk lain.
bahan bahan
500 gm daging lembu yang dipotong nipis, sirloin atau tenderloin
4 daun bawang
1 gulung daun crysanthemum/sayur kekwa
150 gm rebung
2 leeks
1 celery/sadri besar
1 tofu keras bakar/grilled
5 cendawan segar
sedikit mee suun
sedikit lemak lembu
bahan bahan untuk warishita (kuah sukiyaki) 1 kali guna
1 kub pati lembu
2 sudu besar gula perang
7 sudu besar kicap cair
2 cawan air
Kuah sukiyaki boleh dimasak terdahulu satu hari sebelum digunakan dan disampan dalam peti sejuk, kalau nak lebih cuma gandakan bahan bahannya.
- Rebus suun dan diketepikan dahulu.
- Tofu, gunakan kuali tidak lekat/non-stick dan perangkan kedua-dua belah permukaan tofu. Setelah sejuk, potong 4, 4 segi/square.
- Untuk kuah sukiyaki, dalam periuk yang lain, masukkan air, kiub lembu, kicap cair dan gula. Masak sehingga mendidih.
- Daun bawang dipotong 1½ inch panjang.
- Sadri besar dan leeks dipotong serong dan nipis, 1½ inci panjang.
- Rebung dipotong saiz wedges atau setengah bulat.
- Untuk daun chrysanthemum, buangkan akar dan bersihkan secukupnya, sayur ni banyak pasir.
- Cendawan segar dicuci dan buangkan tangkainya. Belah pangkah di atas permukaan cendawan sebagaimana di dalam gambar.
- Boleh gunakan clay pot atau periuk di buat daripada tanah liat.
- Panaskan periuk dan sapukan lemak lembu, masukkan 3 keping daging dan tumis dahulu untuk perasa asas.
- Campurkan kuah sukiyaki, rebung, cendawan, tofu dan rebus sampai suhu mendidih. Api kecil.
Masukkan bahan bahan yang lain mengikut giliran sebegini dan memakan masa sedikit untuk menggeluarkan rasa daripada bahan bahan sayuran dan sebagainya.
- Daging selebihnya sampai suhu mendidih.
- Celery, leeks, daun bawang dan suun.
- Sayur chrysanthemum penghabisan.
Untuk info lanjut, sila
ke sini.
No comments:
Post a Comment