Korokke atau begedil, kata asal dari croquette, adalah
salah satu makanan yang tidak langsung asing bagi orang Jepun. Diameter begedil
style Jepun ini yang amat besar dan sungguh mengenyangkan. Baikpun untuk
makanan sampingan atau pun makan ruji, dimana begedil ini juga boleh dimuatkan
sebagai isi sandwich. Salah satu masalah yang kerapkali dihadapi adalah begedil pecah sewaktu digoreng.
Untuk
mengtatasi masalah ini, anda cuma perlu:
- menyejukkan kentang sebelum guna. Lain kata, kentang yang dilenyek dimasukkan ke dalam petis sejuk sebelum guna. Begitu juga isi begedil tersebut.
- Kentang jangan digoreng, sebaliknya direbus
dan buang airnya kemudian dibiarkan selama 30 minit sebelum dilenyek. Disejukkan.
- Menyalut begedil bersama tepung, telur dan kemudian serbuk roti.
Biasanya, perception kita tentang begedil adalah
terlalu berminyak. Pada saya begedil style Jepun ni kurang minyak. Kita cuma menggoreng bahagian luar. Ini tidak memerlukan masa dan begedil tidak akan
menyerap minyak yang yang berlebihan.
Bahan-bahan
Resipi begedil daging
Bahan-bahan
Kentang 750 gm/5-6 kentang kecil
Daging lembu cincang 250 gm
1 biji bawang kuning
2 biji telur
Serbuk roti
Tepung putih
Secubit garam
Secubit lada hitam
- Kupas kulit kentang, cuci dan rebus sehingga
lembut. Kentang yang masak dialihkan ke dalam penapis, keringkan
sebelum dilenyek. Biarkan terdahulu atau boleh dimasukkan ke dalam
petis sejuk selapas kesemua wap panas hilang.
- Bawang dipotong kecil/finely chopped.
- Pastikan daging berada di dalam suhu bilik
sebelum dipanaskan di dalam kuali. Panaskan kuali non-stick. Saya
tidak menggunakan minyak tetapi anda boleh merenjis sedikit minyak.
- Masukkan daging dan bawang, masak sehingga
daging bertukar warna.
Sungguh penting:
Pastikan kentang yang telah dilenyek
dan isi begedil berada di dalam suhu bilik atau sejuk sebelum
digunakan.
Ini adalah untuk mengelakkan begedil
hancur semasa menggoreng, terutamanya begedil ini besar dalam diameter.
Persiapan sebelum menggoreng:
- Gaul samarata kedua dua inti dan
kentang.
- Diatas satu talam/serving tray yang bersih,
taburkan sedikit tepung. Kemudian bentukan kentang bulat/bujur, saiz
korokke adalah kecil sedikit dari tapak tangan dan setebal ¾ inci. Muatkan
seberapa banyak yang boleh di atas talam. Tutupkan bersama tepung/pastikan
tepung menutupi keseluruhan begedil.
- Saya gunakan mangguk mee yang besar
seterusnya. Pukul 2 biji telur bersama 3 sudu besar air. Sapukan telur
disekeliling begedil. Begedil kemudian disalutkan dengan serbuk roti.
Siapkan kesemua di atas talam sebelum menggoreng.
- Sediakan kertas serap minyak/tempura paper
untuk meyerap minyak berlebihan.
- Panaskan kuali dengan minyak secukupnya.
Perhatian anda diperlukan sebab begedil bertukar warna dalam masa yang
singkat.
- Sebelum menggoreng begedil seterusnya,
keluarkan serbuk roti yang terjatuh di dasar kuali. Ini untuk mencegah
begedil seterusnya menjadi hitam.
Begedil style Jepun biasanya
dihidangkan bersama kobis hiris dan sos okonomiyaki. Sos okonomiyaki yang
ditanggung Halal boleh didapati daripada supplier tertentu.
Untuk resipi sayur, anda boleh rujuk di sini.
No comments:
Post a Comment