13 May 2018

Ayam Teriyaki



Kalau anda mendengar sesiapa menyebut Teriyaki chicken, ia langsunglah tidak asing lagi diantara masyarakat kita. Cara menyediakan ayam teriyaki pun teramatlah senang. Yang penting ada sos teriyaki dan potongan ayam yang betul iaitu, seluruh peha ayam yang tiada tulang/potongan chicken chop. Teriyaki sos ni pun asasnya adalah kicap tetapi rasanya lebih manis. Ayam digoreng bersama sedikit kicap cair dan kemudian dicampur bersama sos teriyaki, dengan adanya pasangan rasa masin dan manis, ia membuatkan sajian ini istimewa.


Bahan bahan
2 peha ayam penuh (potongan chicken chop)
4 sudu besar kicap cair dicampur bersama 3 sudu besar air
5 sudu besar teriyaki sos pekat dan dicampur bersama 3 sudu besar air

Sukatan ini untuk dua peha ayam, kicap dan teriyaki sos juga dibahagikan untuk 2 kali persediaan.

  1. Bersihkan ayam, gunakan garfu dan tusuk isi ayam.
  2. Panaskan sedikit minyaksayur, masukkan ayam.
  3. Saya guna lidi satay menusuk isi ayam, untuk mengetahui samada isi ayam sudah masak atau belum.
  4. Balikkan ayam dan dimasak secukupnya.
  5. Masukkan kicap cair dan digaringkan ayam sedikit. Anda perlu pintas pintas membalikkan ayam beberapa kali sebelum kicap menjadi pekat.
  6. Tuangkan sedikit teriyaki sos di atas ayam/kulit berada di bawah, kemudian dibalikkan. Biarkan beberap saat dan alihkan ayam ke dalam pinggan.
  7. Sebelum menggunakan kuali untuk ayam seterusnya, bersihkan kuali terdahulu.
  8. Sewaktu hendak makan, ayam dipotong/kulit diatas dan sos selebihnya dituangkan.






No comments:

Post a Comment