Potato
salada adalah makanan sampingan yang tidak kurang sedapnya andai dibanding
dengan resipi kentang lenyek/mashed potato yang lain. Apa yang membuat salad
kentang ini istimewa adalah kewpie mayonnaise. Apabila kewpie mayo dicampur
bersama kentang lenyek, ia amat menambahkan kelazatan. Salad kentang adalah
makanan 2 dalam 1 saya. Sebabnya potato salad bukan sahaja makanan sampingan
tetapi juga boleh dibuat sebagai inti/filling sandwich. Senangkan?! Saya ada
kebiasaan/habit rebus kentang sekali gus untuk begedil kentang. Saya akan
menyediakan kentang untuk dibuat begedil keesokkan harinya, nak mempermudahkan
kerja.
Berbalik
kepada sandwich, biasanya saya akan sapukan mentega ke atas 1 keping roti dan
mustard kuning ke atas 1 keping yang lain. Saya menggunakan mustard Jepun yang
dipanggil “karashi”. Anda juga boleh menggunakan mustard yang lain, ditambah beberapa
helai daun salad seperti romaine, iceberg atau rocket. Kalau anda memerlukan
calorie lebih, anda juga boleh sapukan ekstra mayo ke atas roti. Untuk lifestyle yang outputnya tinggi,
sandwich salad kentang ini amatlah bersesuaian, sebab quantitynya kecil tetapi calorienya
padat.
Untuk resipi, sila rujuk
di sini.
No comments:
Post a Comment