Bahan bahan
Daging lembu yang yang dipotong nipis 500 gm sirloin atau tenderloin
4 biji telur
1½ bawang kuning
Nasi untuk 4 orang
1 kiub pati lembu untuk dicampur bersama 2¼ cawan air
4 sudu besar kicap cair
1 sudubesar gula perang
nori, rumpai laut kering halus atau daun bawang
- Di dalam kuali, campurkan kicap cair, bawang
yang telah dihiris, gula, pati lembu dan air. Panaskan sehingga mendidih.
- Masukkan daging, kacau perlahan lahan sehingga
masak.
- Telur 4 biji dipukul samarata. Taburkan di
atas daging sehingga menutup seluruh daging.
- Gunakan penutup kaca, tutup kuali beberapa
minit sehingga telur masak.
- Sediakan nasi di dalam mangkuk, bahagikan
daging untuk 4 orang dan dihidangkan di atas nasi. Hiaskan dengan daun
bawang atau nori halus.
No comments:
Post a Comment