Saya panggil onigiri makanan emergency atau 911 dish.
Makanan ni paling senang dibuat dan paling cepat boleh dimakan, pada masa yang
sama perut anda tidak akan kelaparan untuk beberapa jam yang akan datang.
Onigiri adalah nasi tiga segi Jepun atau nasi
gumpal/rice balls. Kewujudan Onigiri sudah beratus tahun di dalam sejarah Jepun.
Pada mulanya, onigiri cuma nasi yang digumpal bersama garam. Setelah
umeboshi/jeruk plum diperkenalkan, nasi mula digumpal bersama jeruk plum ini
dengan tujuan agar nasi tidak cepat rosak, umeboshi juga memberi rasa kepada
nasi gumpal ini. Nasi gumpal ini kemudian di balut bersama sarung daun
buluh/bamboo sheath. Seseorang askar atau samurai akan membawa onigiri sebagai
bekal makanan yang akan dijamah di dalam perjalanan.
Hari ini di Jepun, onigiri boleh didapati dengah mudah
sekali di 7-eleven, Lawson atau family mart. cuma perlu dibalut bersama 1
keping rumpai laut/nori dan makanan ruji anda telah sedia. Anda juga boleh
membuat sendiri di rumah dengan menggunakan acuan onigiri yang boleh didapati
dari Daiso dan kepingan rumpai laut/nori yang halal juga senang didapati dari
pembekal tertentu.
Ini adalah satu peluang mempamirkan daya creativity anda,
berbagai bagai inti onigiri boleh disediakan termasuk makanan tempatan seperti serunding
ayam dan daging. Satu inti yang teramat popular untuk onigiri adalah tuna mayo,
anda boleh mencuba tuna mayo sebagai inti terlebih dahulu. Saya pasti kanak
kanak terutamanya akan menikmati makanan seperti onigiri.
Yang anda perlukan adalah casing seperti gambar di bawah yang ada dijual di Daiso. Beli yang sais kecil diperbuat daripada silicon.
Pilih salah satu daripada fillings atau isi yang diperlukan. Sukatan isi dibawah adalah mengikut 300 gm beras, nasi yang belum dimasak. Gunakan beras Calironia 'Sumo', atau campurkan beras tempatan dan sedikit beras pulut. Kita perlukan beras yang ada kanji.
- Ikan salmon ikan salmon 600 gm atau lebih, bakar ikan salmon terlebih dahulu. Rujuk disini bagaimana nak bakar ikan menggunakan toaster roti. Kemudian buang kulit dan tulang ikan, isinya dicarikkkan (shred).
- Ikan salmon dan mayonnaise bakar 600 gm atau lebih, bakar ikan terlebih dahulu. Rujuk disini bagaimana nak membakan ikan menggunakan toaster roti. Kemudian buang kulit dan tulang ikan, isinya dicarikkkan (shred).
- Tuna mayo apa brand tuna (in brine/flakes) dalam tin pun boleh. Keluarkan tuna daripada tin dan diperah kering. Campurkan 2 sudu besar kewpie mayonais dan gaul sama rata.
- Sebenarnya berbagai bagai isi atau bahan boleh digunakan mengikut citarasa, contohnya: serunding ayam atau daging.
Cara menyediakan onigiri:
- Sediakan intinya.
- Gaulkan sama rata dengan nasi panas.
- Sediakan satu mangkuk air. Renjiskan air di casing onigiri.
- Gunakan senduk nasi, nasi dimasukkan dalam casing, ratakan dengan jari, jari sambil disentuh dengan air sedikit supaya nasi tak melekat di jari. Tekan dengan jari perlahan-lahan. Nasi ditambah sehingga casing penuh.
- Tutup semula casing dan tekan permukaan atas bawah casing dengan tekanan yang paling ringan (gently).
- Buka penutup casing, tekan keluar perlahan-lahan.
- Sebelum makan, onigiri dibalut dengan nori.
Untuk infomasi
seterusnya, sila rujuk ke sini.
No comments:
Post a Comment