Korokke (begedil) sayur


Bahan-bahan 
Kentang 750 gm/5-6 kentang kecil
Sayur campur 3 jenis/mix vege 150gm
2 biji telur
Serbuk roti
Tepung putih
Secubit garam
Secubit lada hitam

*Anda juga boleh gunakan edamame sebagai salah satu sayur campur. Sila rujuk disini mengenai edamame.

  1. Kupas kulit kentang, cuci dan rebus sehingga lembut. Kentang yang masak dialihkan ke dalam penapis, keringkan sebelum dilenyek. Biarkan terdahulu atau boleh dimasukkan ke dalam petis sejuk selapas kesemua wap panas hilang. 
  2. Rebus sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang peas) selama 5 minit didalam air yang mendidih. Setelah masak, tapiskan airnya, biarkan sehingga suhu menurun dan dicampurkan bersama garam dan lada hitam. 
Sungguh penting:
Pastikan kentang yang telah dilenyek dan isi begedil berada di dalam suhu bilik atau sejuk sebelum digunakan.

Ini adalah untuk mengelakkan begedil hancur semasa menggoreng, terutamanya begedil ini besar dalam diameter.

Persiapan sebelum menggoreng: 
  1. Gaul samarata kedua dua inti dan kentang. 
  2. Diatas satu talam/serving tray yang bersih, taburkan sedikit tepung. Kemudian bentukan kentang bulat/bujur, saiz korokke adalah kecil sedikit dari tapak tangan dan setebal ¾ inci. Muatkan seberapa banyak yang boleh di atas talam. Tutupkan bersama tepung/pastikan tepung menutupi keseluruhan begedil.
  3. Saya gunakan mangguk mee yang besar seterusnya. Pukul 2 biji telur bersama 3 sudu besar air. Sapukan telur disekeliling begedil. Begedil kemudian disalutkan dengan serbuk roti. Siapkan kesemua di atas talam sebelum menggoreng.
  4. Sediakan kertas serap minyak/tempura paper untuk meyerap minyak berlebihan.
  5. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Perhatian anda diperlukan sebab begedil bertukar warna dalam masa yang singkat.
  6. Sebelum menggoreng begedil seterusnya, keluarkan serbuk roti yang terjatuh di dasar kuali. Ini untuk mencegah begedil seterusnya menjadi hitam.
Begedil style Jepun biasanya dihidangkan bersama kobis hiris dan sos okonomiyaki. Sos okonomiyaki yang ditanggung Halal boleh didapati daripada supplier tertentu. 

Anda juga boleh menyediakan sos okonomiyaki sendiri. Sila rujuk disini.


Gunakan ini untuk menghiris harus kobis,
boleh didapati di Daiso






No comments:

Post a Comment