22 May 2018

Sajian manis Cream Anmitsu



Sewaktu saya pergi ke rumah kawan Jepun saya bulan lepas, saya disajikan dengan “cream anmitsu”. “Impression pertama saya, wahhhh . . . cantiknya! Lepas tu, banyaknya . . .! “. Saya dok fikir, “Bagaimana saya nak menghabiskan?!”. Hmmm . . . Habis jugak! Slowly but surely. Sebabnya saya baru selesai makan tengahhari. Untuk diri saya, ini bermakna overload. Keesokkan harinya, saya kena marathon sikit lah, marathon yang takda organizer.

Saya bukan jenis yang tahan makan, tapi senentiasa menyesuaikan sumber input dan output saya. Kurang makan tak boleh, lebih makan pun tak boleh, sebab exercise ni memerlukan tenaga yang adequate.

Anda juga boleh menyediakan “cream anmitsu”. Sebagaimana yang boleh dilihat di dalam gambar, anda perlukan:

·       Fruit cocktail dalam tin
·       Nato de coco
·       Kacang merah
·       Ais krim teh hijau

3 daripada bahan bahan di atas boleh didapati sedia ada/instant kecuali kacang merah. Kawan saya menggunakan kacang merah di dalam tin yang diperbuat dari Jepun. Saya mencadangkan kawan saya, kita buat jam kacang merah sendiri. Mereka mempunyai pendapat tersendiri mengenai cadangan saya.

Kacang merah bukan bahan makanan yang asing untuk orang tempatan. Kita mempunyai kueh kacang merah, bubur kacang merah dan sebagainya. Untuk jam kacang merah seperti di atas, kacang merah direbus bersama gula sehingga kacang menjadir lembut kemudian ditapiskan airnya dan dihancurkan. Kacang kalau direbus lama pun akan hancur.

Sebenarnya ini adalah cadangan pencuci mulut dari saya atau untuk mempernalkan “cream anmitsu”. Bahan bahan yang direka sendiri di dalam hidangan ini unik sebab mempunyai berbagai rasa seperti manis, masam dan pahit. Teh hijau rasanya pahit selain daripada gula yang ditambahkan ke dalam ais-kerim.



21 May 2018

Sukiyaki dan periuk tanah atau clay pot



Sukiyaki adalah makanan musim sejuk di Jepun. Walaupun daging lembu adalah protin utama dalam sajian ini, tetapi daging bukanlah bahan utama di dalam sajian sukiyaki, sebenarnya sukiyaki mengutamakan sayur dan berjenis sayur digunakan di dalam hidangan ini, seperti: daun bawang, sadri besar, rebung, cendawan kering juga sayur kekwa. Bahan bahan yang lain adalah seperti tofu dan mee sun. 

Anda ada pilihan mengggunakan samada mee sun atau pun mee yang diperbuat daripada kentang konjac. Saya membeli mee konjac di Aeon, barangan keluaran tempatan dan biasanya boleh didapati di seksyen makanan sayuran/vegetarian. Mee konjac ini tiada kalori dan saya selalu menggunakannya di dalam hidangan yang lain juga.

Biasanya sukiyaki dimasak dengan menggunakan iron pot/periuk besi yang dimasak di atas meja makan, sebagaimana steam boat dimasak dengan menggunakan ketuhar mini. Saya gunakan claypot/periuk tanah. Anda boleh menggunakan periuh tanah saiz besar yang cantik untuk sajian sekeluarga, terdahulu yang telah dimasak di atas dapur kemudian dihidangkan di atas meja makan. Bersama itu dihidangkan dengan lauk pauk lain.

bahan bahan
500 gm daging lembu yang dipotong nipis, sirloin atau tenderloin
4 daun bawang
1 gulung daun crysanthemum/sayur kekwa 
150 gm rebung
2 leeks
1 celery/sadri besar
1 tofu keras bakar/grilled 
5 cendawan segar
sedikit mee suun
sedikit lemak lembu

bahan bahan untuk warishita (kuah sukiyaki) 1 kali guna
1 kub pati lembu
2 sudu besar gula perang
7 sudu besar kicap cair
2 cawan air 

Kuah sukiyaki boleh dimasak terdahulu satu hari sebelum digunakan dan disampan dalam peti sejuk, kalau nak lebih cuma gandakan bahan bahannya.
  1. Rebus suun dan diketepikan dahulu.
  2. Tofu, gunakan kuali tidak lekat/non-stick dan perangkan kedua-dua belah permukaan tofu. Setelah sejuk, potong 4, 4 segi/square.
  3. Untuk kuah sukiyaki, dalam periuk yang lain, masukkan air, kiub lembu, kicap cair dan gula. Masak sehingga mendidih.
  4. Daun bawang dipotong 1½ inch panjang.
  5. Sadri besar dan leeks dipotong serong dan nipis, 1½ inci panjang.
  6. Rebung dipotong saiz wedges atau setengah bulat.
  7. Untuk daun chrysanthemum, buangkan akar dan bersihkan secukupnya, sayur ni banyak pasir.
  8. Cendawan segar dicuci dan buangkan tangkainya. Belah pangkah di atas permukaan cendawan sebagaimana di dalam gambar. 
  9. Boleh gunakan clay pot atau periuk di buat daripada tanah liat.
  10. Panaskan periuk dan sapukan lemak lembu, masukkan 3 keping daging dan tumis dahulu untuk perasa asas. 
  11. Campurkan kuah sukiyaki, rebung, cendawan, tofu dan rebus sampai suhu mendidih. Api kecil. 
Masukkan bahan bahan yang lain mengikut giliran sebegini dan memakan masa sedikit untuk menggeluarkan rasa daripada bahan bahan sayuran dan sebagainya. 

  1. Daging selebihnya sampai suhu mendidih.
  2. Celery, leeks, daun bawang dan suun. 
  3. Sayur chrysanthemum penghabisan.


Untuk info lanjut, sila ke sini.

20 May 2018

Membuat okonomiyaki sos sendiri



Tahukah anda, anda boleh membuat sos okonomiyaki sendiri?
Anda dah rancang menu hari ini iatu okonomiyaki, tiba-tiba . . . alamak . . . Kehabisan sos. Tak perlu risau! Anda juga mampu menyediakan sos di dalam masa yang singkat dengan pemperolehi barangan yang sungguh mudah didapati di pasaraya. Bahan yang paling penting diperlukan adalah Worcestershire sauce, yang lainnya seperti madu lebah, cuka, pati tomato, apel dan sebagainya. Korokke juga menggunakan sos yang sama. Caranya adalah seperti berikut:

bahan bahan
pati tomato 100 gm, 1 tin kecil
madu lebah 3 sudu besar
Worcestershire sauce 8 sudu besar
cuka 1 sudubesar
Jus lemon/limau 1 sudu besar
1 sudu besar tepung jagung dicampur bersama 8 sudu besar air
1 biji apel hijau kecil
1 biji apel merah yang kecil

cara menyediakan

  1. Gunakan blender, blend apel hijau dan apel merah dengan setengah cawan air. 
  2. Didalam periuk kecil, campurkan tepung jagung bersama air, disusuli kemudian dengan bahan yang lain lain. Nyalakan api kecil, kacau sos sehingga mendidih dan pekat.


Untuk info lanjut, sila ke sini.

18 May 2018

Karaage (ayam goreng)



Perbezaan antara resipi tempatan dan ala Jepun adalah kita menggunakan bahan bahan asas seperti bawang merah, kunyit dan cili manakala resipi Jepun menggunakan kicap cair, halia, bawang putih dan tepung. Kalau kita fikir balik, walaupun resipi ini ala Jepun, bahan bahan yang digunakan bukanlah asing ke mana, di sebaliknya bahan bahan tersebut adalah bahan bahan harian yang kita guna gunakan di dalam resipi makanan tempatan.

Di dalam resipi ini, jenis potongan yang digunakan adalah peha ayam yang tidak bertulang ataupun potongan chicken chop. Saya tidak akan makan ayam goreng tanpa lauk lain dan nasi Sebab 3 peha pun nanti tak cukup. Cara yang paling selamat saya praktik memakan ayam goreng, ayam goreng disajikankan bersama nasi dan sayur.


Bahan bahan
2 peha ayam penuh (potongan chicken chop)
2 sudu besar kicap cair 'orkid'
Halia 1½ setengah inci
3 ulas bawang putih
Tepung putih
Minyak secukupnya untuk menggoreng

  1. Potong antara 8-10 keping peha ayam, gunakan garfu, tusukkan daging ayam.
  2. Untuk melumatkan halia dan bawang putih, gunakan 'fine grater'. Kita perlukan kedua dua pulpa/pulps dan jus.
  3. Gaul sama rata halia, bawang putih dan ayam. Perap antara 15 minit - ½ jam.
  4. Buang kicap dan jus yang berlebihan.
  5. Sebelum menggoreng, ayam disadur bersama tepung terlebih dahulu. 
  6. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam.


Hiaskan ayam goreng dengan kobis yang di hiris halus dan lemon on the side untuk diperah ke atas ayam goreng. 


Untuk info lanjut, pergi ke resipi.

16 May 2018

Chikuzeni (ayam dan sayur)


Anda akan melihat betapa popularnya sajian chikuzeni di supermarket atau seksyen makanan di Jepun. Biasanya ia dijual di dalam bentuk obento ataupun sebagai salah satu hidangan take-away di dalam obento. Chikuzeni adalah makanan yang disediakan asasnya daripada sayuran berakar/root veg, contohnya seperti: akar teratai, akar burdock, baby keladi, rebung. Juga ia akan dicampur bersama sayur yang lain seperti lobak merah dan kacang hijau untuk memberi warna kepada sajian ini.
Daging ayam juga digunakan sebagai perasa tetapi bukan sebagai bahan utama di dalam hidangan ini, hidangan ini mengutamakan sayur berakar dan perencah utama adalah kicap cair/shoyu. Saya suka masakan ini sebab jenis sayurannya, umpamanya seperti baby keladi, ianya sungguh lemak dan manis. Kalau disimpan satu malam, rasanya lebih enak disebabkan rasa sayur dan kuah telah sebati. Untuk resipi ini, saya memberikan sukatan tertentu. Untuk diri saya, saya akan melebihkan baby keladi sebab kandungan karbohidrat yang tinggi, saya tak perlu makan nasi. Output saya tinggi, sememangnya saya akan reka satu sajian makanan yang seimbang dengan input dan output saya,

Bahan bahan
200 gm peha ayam penuh (potongan chicken chop)
100 gm akar teratai/lotus root
100 gm rebung/bamboo shoots
100 gm akar burdock
3 baby keladi kecil
4 cendawan kering
1 lobak merah/carrot
5 suun kentang konjac/shirataki
8 kacang peas/garden peas
1 sudu besar gula perang
5-6 sudu besar kicap cair
1 kiub ayam/optional
  1. Bersihkan cendawan kering, rendam dengan air sebanyak 2 cawan. Air cendawan akan digunakan kemudian.
  2. Bersihkan suun shirataki, gambar di bawah. Di dalam air yang mendidih, panaskan suun 1 minit, diketepikan dahulu. 
  3. Carrot dipotong kecil dan 3 segi.
  4. Rebung dipotong setengah bulat atau 1 per empat.
  5. Akar teratai/lotus root dipotong setengah bulat, kalau diameter kecil dipotong bulat dan direndam dalam air.
  6. Buangkan kulit akar burdock, potong serong dan tipis.
  7. Baby keladi dibuang kulitnya, dipotong dua, tak perlu direndam. Awas . . . baby keladi licin.
  8. Bersihkan kacang peas.
  9. Ayam dibersihkan, potong kecil 5/6. 
  10. Di dalam periuk kecil, panaskan air cendawan, kicap cair, gula dan ayam sehingga suhu mendidih. Matikan api, dibiarkan dahulu.
  11. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk non-stick.
  12. Tumis akar teratai dan akar burdock beberapa minit. Campurkan lobak merah, rebung, baby keladi, cendawan kering dan suun shirataki.
  13. Masukkan kuah dan ayam yang dimasak sebelumnya.
  14. Pastikan paras air melebihi paras sayur dan masak sampai mendidih. Buang lemak yang berlebihan.
  15. Campurkan kiub ayam/optional. Dengan api yang kecil, didihkan sampai kuah sayur menjadi setengah di dalam periuk. Boleh juga ditambah ½ cawan air lagi dan didihkan.
  16. Kacang peas dimasukkan penghabisan.
Tips:
Selepas satu malam, rasa sayur ini akan menjadi lebih muai dan sedap. 

Untuk info lanjut, sila ke sini.


15 May 2018

Cara membuat okonomiyaki


Saya ingin menganggap okonomiyaki sebagai satu jenis makanan Jepun yang langsung tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, okonomiyaki sebaliknya kelihatan dijual di bahagian makanan telah siap/ready foods di Aeon/dulunya Jusco.
Okonomiyaki juga dikenali sebagain pancake, bulat dan rata. Bahan-bahan campuran utk okonomiyaki adalah tepung, kobis dan makanan laut seperti sotong dan udang. Anda juga boleh menyediakan pancake yang berasaskan sayuran sahaja/vegetarian seperti kobis dan daun kuchai. Pancake ini juga dicampur telur dan keladi bukit untuk menambah kelembutan dan kehalusannya. Ia disajikan bersama sos okonomiyaki, kewpie mayonis dan juga kepingan ikan/katsuo flakes. Sos okonomiyaki contohnya, akan menyempurnakan kelazatan sesekeping okonomiyaki itu. Nota: Banyak bahan makanan Jepun yang halal boleh didapati sekarang daripada pembekal tertentu. Asalkan anda tahu bagaimana menyesuaikan bahan-bahan tersebut, anda sebenarnya tidak lagi mempunyai masalah lain.
Pilihan diameter menyediakan okonomiyaki juga terpulang kepada load perut, daripada yang paling mini atau yang paling jumbo. Pada saya, okonomiyaki adalah makanan yang sihat, ia tidak memerlukan banyak minyak selain daripada beberapa titik minyak direnjis ke atas kuali. Lain-lain semua boleh adjust sendiri.


Pergi ke resipi.

14 May 2018

Salad kentang style Jepun



Potato salada adalah makanan sampingan yang tidak kurang sedapnya andai dibanding dengan resipi kentang lenyek/mashed potato yang lain. Apa yang membuat salad kentang ini istimewa adalah kewpie mayonnaise. Apabila kewpie mayo dicampur bersama kentang lenyek, ia amat menambahkan kelazatan. Salad kentang adalah makanan 2 dalam 1 saya. Sebabnya potato salad bukan sahaja makanan sampingan tetapi juga boleh dibuat sebagai inti/filling sandwich. Senangkan?! Saya ada kebiasaan/habit rebus kentang sekali gus untuk begedil kentang. Saya akan menyediakan kentang untuk dibuat begedil keesokkan harinya, nak mempermudahkan kerja.

Berbalik kepada sandwich, biasanya saya akan sapukan mentega ke atas 1 keping roti dan mustard kuning ke atas 1 keping yang lain. Saya menggunakan mustard Jepun yang dipanggil “karashi”. Anda juga boleh menggunakan mustard yang lain, ditambah beberapa helai daun salad seperti romaine, iceberg atau rocket. Kalau anda memerlukan calorie lebih, anda juga boleh sapukan ekstra mayo ke atas roti.  Untuk lifestyle yang outputnya tinggi, sandwich salad kentang ini amatlah bersesuaian, sebab quantitynya kecil tetapi calorienya padat.

Untuk resipi, sila rujuk di sini.

13 May 2018

Ayam Teriyaki



Kalau anda mendengar sesiapa menyebut Teriyaki chicken, ia langsunglah tidak asing lagi diantara masyarakat kita. Cara menyediakan ayam teriyaki pun teramatlah senang. Yang penting ada sos teriyaki dan potongan ayam yang betul iaitu, seluruh peha ayam yang tiada tulang/potongan chicken chop. Teriyaki sos ni pun asasnya adalah kicap tetapi rasanya lebih manis. Ayam digoreng bersama sedikit kicap cair dan kemudian dicampur bersama sos teriyaki, dengan adanya pasangan rasa masin dan manis, ia membuatkan sajian ini istimewa.


Bahan bahan
2 peha ayam penuh (potongan chicken chop)
4 sudu besar kicap cair dicampur bersama 3 sudu besar air
5 sudu besar teriyaki sos pekat dan dicampur bersama 3 sudu besar air

Sukatan ini untuk dua peha ayam, kicap dan teriyaki sos juga dibahagikan untuk 2 kali persediaan.

  1. Bersihkan ayam, gunakan garfu dan tusuk isi ayam.
  2. Panaskan sedikit minyaksayur, masukkan ayam.
  3. Saya guna lidi satay menusuk isi ayam, untuk mengetahui samada isi ayam sudah masak atau belum.
  4. Balikkan ayam dan dimasak secukupnya.
  5. Masukkan kicap cair dan digaringkan ayam sedikit. Anda perlu pintas pintas membalikkan ayam beberapa kali sebelum kicap menjadi pekat.
  6. Tuangkan sedikit teriyaki sos di atas ayam/kulit berada di bawah, kemudian dibalikkan. Biarkan beberap saat dan alihkan ayam ke dalam pinggan.
  7. Sebelum menggunakan kuali untuk ayam seterusnya, bersihkan kuali terdahulu.
  8. Sewaktu hendak makan, ayam dipotong/kulit diatas dan sos selebihnya dituangkan.






11 May 2018

Bagaimana membuat Onigiri (Nasi tiga segi Jepun)



Saya panggil onigiri makanan emergency atau 911 dish. Makanan ni paling senang dibuat dan paling cepat boleh dimakan, pada masa yang sama perut anda tidak akan kelaparan untuk beberapa jam yang akan datang.
Onigiri adalah nasi tiga segi Jepun atau nasi gumpal/rice balls. Kewujudan Onigiri sudah beratus tahun di dalam sejarah Jepun. Pada mulanya, onigiri cuma nasi yang digumpal bersama garam. Setelah umeboshi/jeruk plum diperkenalkan, nasi mula digumpal bersama jeruk plum ini dengan tujuan agar nasi tidak cepat rosak, umeboshi juga memberi rasa kepada nasi gumpal ini. Nasi gumpal ini kemudian di balut bersama sarung daun buluh/bamboo sheath. Seseorang askar atau samurai akan membawa onigiri sebagai bekal makanan yang akan dijamah di dalam perjalanan.
Hari ini di Jepun, onigiri boleh didapati dengah mudah sekali di 7-eleven, Lawson atau family mart. cuma perlu dibalut bersama 1 keping rumpai laut/nori dan makanan ruji anda telah sedia. Anda juga boleh membuat sendiri di rumah dengan menggunakan acuan onigiri yang boleh didapati dari Daiso dan kepingan rumpai laut/nori yang halal juga senang didapati dari pembekal tertentu.
Ini adalah satu peluang mempamirkan daya creativity anda, berbagai bagai inti onigiri boleh disediakan termasuk makanan tempatan seperti serunding ayam dan daging. Satu inti yang teramat popular untuk onigiri adalah tuna mayo, anda boleh mencuba tuna mayo sebagai inti terlebih dahulu. Saya pasti kanak kanak terutamanya akan menikmati makanan seperti onigiri.

Yang anda perlukan adalah casing seperti gambar di bawah yang ada dijual di Daiso. Beli yang sais kecil diperbuat daripada silicon.


Pilih salah satu daripada fillings atau isi yang diperlukan. Sukatan isi dibawah adalah mengikut 300 gm beras, nasi yang belum dimasak. Gunakan beras Calironia 'Sumo', atau  campurkan beras tempatan dan sedikit beras pulut. Kita perlukan beras yang ada kanji. 

  • Ikan salmon ikan salmon 600 gm atau lebih, bakar ikan salmon terlebih dahulu. Rujuk disini bagaimana nak bakar ikan menggunakan toaster roti. Kemudian buang kulit dan tulang ikan, isinya dicarikkkan (shred).
  • Ikan salmon dan mayonnaise bakar 600 gm atau lebih, bakar ikan terlebih dahulu. Rujuk disini bagaimana nak membakan ikan menggunakan toaster roti. Kemudian buang kulit dan tulang ikan, isinya dicarikkkan (shred).
  • Tuna mayo apa brand tuna (in brine/flakes) dalam tin pun boleh. Keluarkan tuna daripada tin dan diperah kering. Campurkan 2 sudu besar kewpie mayonais dan gaul sama rata.
  • Sebenarnya berbagai bagai isi atau bahan boleh digunakan mengikut citarasa, contohnya: serunding ayam atau daging.

Cara menyediakan onigiri:
  1. Sediakan intinya.
  2. Gaulkan sama rata dengan nasi panas.
  3. Sediakan satu mangkuk air. Renjiskan air di casing onigiri.
  4. Gunakan senduk nasi, nasi dimasukkan dalam casing, ratakan dengan jari, jari sambil disentuh dengan air sedikit supaya nasi tak melekat di jari. Tekan dengan jari perlahan-lahan. Nasi ditambah sehingga casing penuh.
  5. Tutup semula casing dan tekan permukaan atas bawah casing dengan tekanan yang paling ringan (gently).
  6. Buka penutup casing, tekan keluar perlahan-lahan. 
  7. Sebelum makan, onigiri dibalut dengan nori.

Untuk infomasi seterusnya, sila rujuk ke sini.

9 May 2018

Cara merebus edamame



Pernah anda mencuba edamame? Edamame adalah sejenis kekacang hijau yang boleh didapati bersama kulitnya sekali. Di Jepun, ia nya teramat popular sebagai snek atau makanan sampingan. Sebelum di makan, edamame direbus terdahulu, cara makannya, mencubit kulit dan menolak isinya, pasti kekacang akan keluar dengan mudah sekali, kulitnya tidak dimakan.
Seboleh-boleh saya kurangkan makan edamame sebab, tak boleh control, sedap. Terutamanya, untuk sajian sampingan sambil berbual untuk tetamu atau kawan kawan yang datang ke rumah. Sihat pun sihat, tak berminyak, tak manis, cuma sayur.
Mengikut style Jepun, kandungan garam menyediakan edamame adalah tinggi. Anda boleh tidak menggunakan garam semasa merebus sebaliknya ditaburkan sedikit garam selepas merebus sahaja. Di Jepun, edamame adalah snek pembuka selera, dimana rasa garamnya lebih disebabkan ianya dimakan bersampingan minuman keras.

Cara merebus:
  • Masukkan edamame ke dalam periuk bersama air. Pastikan paras air melebihi edamame.  
  • Selepas suhu mendidih, biarkan 2/3 minit lagi. 
  • Buang airnya. 
  • Taburkan sedikit garam kasar.

Cara makan:
Dibawa ke mulut, mencubit dan menolak kekacang.  

Edamame yang dijual di Aeon

Rahsia menggoreng begedil besar style Jepun agar tidak pecah


Korokke atau begedil, kata asal dari croquette, adalah salah satu makanan yang tidak langsung asing bagi orang Jepun. Diameter begedil style Jepun ini yang amat besar dan sungguh mengenyangkan. Baikpun untuk makanan sampingan atau pun makan ruji, dimana begedil ini juga boleh dimuatkan sebagai isi sandwich. Salah satu masalah yang kerapkali dihadapi adalah begedil pecah sewaktu digoreng.

Untuk mengtatasi masalah ini, anda cuma perlu:
  • menyejukkan kentang sebelum guna. Lain kata, kentang yang dilenyek dimasukkan ke dalam  petis sejuk sebelum guna. Begitu juga isi begedil tersebut. 
Masalah seterusnya adalah, begedil terlalu berminyak. Untuk mengurangkan minyak berlebihan:
  1. Kentang jangan digoreng, sebaliknya direbus dan buang airnya kemudian dibiarkan selama 30 minit sebelum dilenyek. Disejukkan.
  2. Menyalut begedil bersama tepung, telur dan kemudian serbuk roti.
Biasanya, perception kita tentang begedil adalah terlalu berminyak. Pada saya begedil style Jepun ni kurang minyak. Kita cuma menggoreng bahagian luar. Ini tidak memerlukan masa dan begedil tidak akan menyerap minyak yang yang berlebihan.


Resipi begedil daging

Bahan-bahan 
Kentang 750 gm/5-6 kentang kecil
Daging lembu cincang 250 gm
1 biji bawang kuning
2 biji telur
Serbuk roti
Tepung putih
Secubit garam
Secubit lada hitam

  1. Kupas kulit kentang, cuci dan rebus sehingga lembut. Kentang yang masak dialihkan ke dalam penapis, keringkan sebelum dilenyek. Biarkan terdahulu atau boleh dimasukkan ke dalam petis sejuk selapas kesemua wap panas hilang.
  2. Bawang dipotong kecil/finely chopped.
  3. Pastikan daging berada di dalam suhu bilik sebelum dipanaskan di dalam kuali. Panaskan kuali non-stick. Saya tidak menggunakan minyak tetapi anda boleh merenjis sedikit minyak.
  4. Masukkan daging dan bawang, masak sehingga daging bertukar warna.
Sungguh penting:
Pastikan kentang yang telah dilenyek dan isi begedil berada di dalam suhu bilik atau sejuk sebelum digunakan.

Ini adalah untuk mengelakkan begedil hancur semasa menggoreng, terutamanya begedil ini besar dalam diameter.

Persiapan sebelum menggoreng: 
  1. Gaul samarata kedua dua inti dan kentang. 
  2. Diatas satu talam/serving tray yang bersih, taburkan sedikit tepung. Kemudian bentukan kentang bulat/bujur, saiz korokke adalah kecil sedikit dari tapak tangan dan setebal ¾ inci. Muatkan seberapa banyak yang boleh di atas talam. Tutupkan bersama tepung/pastikan tepung menutupi keseluruhan begedil.
  3. Saya gunakan mangguk mee yang besar seterusnya. Pukul 2 biji telur bersama 3 sudu besar air. Sapukan telur disekeliling begedil. Begedil kemudian disalutkan dengan serbuk roti. Siapkan kesemua di atas talam sebelum menggoreng.
  4. Sediakan kertas serap minyak/tempura paper untuk meyerap minyak berlebihan.
  5. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Perhatian anda diperlukan sebab begedil bertukar warna dalam masa yang singkat.
  6. Sebelum menggoreng begedil seterusnya, keluarkan serbuk roti yang terjatuh di dasar kuali. Ini untuk mencegah begedil seterusnya menjadi hitam.
Begedil style Jepun biasanya dihidangkan bersama kobis hiris dan sos okonomiyaki. Sos okonomiyaki yang ditanggung Halal boleh didapati daripada supplier tertentu. 



Untuk resipi sayur, anda boleh rujuk di sini.



13 April 2018

Kalau ada orang bertanya pendapat saya mengenai makanan Jepun, semestinya saya akan menjawab,''Sedap, ringkas, rasanya amat tersendiri, bergantung kepada bagaimana seseorang menghargai culinary tersebut".

Sebenarnya, obsession saya terhadap culinary Jepun adalah setaraf dengan nasi lemak atau tosai. Di Malaysia, kita semua bernasib baik sebab kita berpeluang untuk menikmati makanan cosmo varietion.

Berbagai-bagai ada di luar sana. Hidangan berasaskan cili padi ke, belachan ke, santan ke, krim ke, bawang putih ke, herba ke, konbu ke. Juga beranika jenis makanan ruji: nasi ke, roti ke, kentang ke, mee ke. Tak termasuk pembuka selera atau pencuci mulut. Kalau nak makan semua, 4x7 hari pun tak cukup. Cuma ikut selera dan palate.

Saya amalkan Diet Jepun ni disebabkan pengalaman saya tinggal di Toyama Prefecture, Japan. Peluang sebegitu amatlah berharga untuk diri saya, bukan di atas sebab saya mendapat peluang tinggal di Jepun, tetapi di dalam segi pengalaman, berpeluang mencuba segala makanan laut  sepanjang empat musim. Sebabnya kedudukan Toyama Ken adalah bersebelahan dengan Japan Sea - syurga makanan laut. 

Hari ini saya dah kurangkan diet seafood sebanyak 95% kecuali ikan. Yang saya tak kurangkan adalah pemakanan diet Jepun. Dan saya ingin berkongsi cara masakkan Jepun yang saya amalkan sehingga hari ini.

Kalau saya nak gunakan skrip promosi, bunyinya begini . . . Antara keistimewaan makanan Jepun:

  • Cepat dan ringkas
  • Belajar dan menimba ilmu
  • Persiapan pengetahuan sebelum pergi ke Negara Jepun.
  • Kenyang, calorie rendah, sihat dan boleh kurus.
  • Anak-anak pasti minat, terutamanya Onigiri tuna.
  • Kalau nak buka bisness, boleh ambil contoh resepi saya. Shhhhh . . . jangan cakap dengan saya je.

Resepi-resipi ini saya banyak ubah suai dan menggunakan  barangan tempatan. Walau sekalipun ianya menggunakan barangan keluaran Jepun, ianya masih senang didapati dibawah pengesahan 'Halal' daripada pembekal tertentu. 

Shoyu atau kicap cair adalah salah satu bahan utama dalam masakan ala Jepun. Yang lain-lain kita tak gunakan disebabkan kandungun alcohol. 

Sebaliknya, kita akan menggunakan Kicap cap 'orkid' sebagaimana di dalam gambar bawah, setahu saya kicap ni disyorkan oleh masyarakat Jepun di Malaysia, menurut mereka, rasa kicap ini adalah yang terdekat dengan shoyu Jepun dibandingkan dengan yang lain-lain.




Untuk pengetahuan lanjut dan cara saya:


Anda boleh guna sudu sup seperti di atas
 untuk 1 sukatan 1 sudu besar

dan mug kopi sebegini
 untuk sukatan satu cawan 

Pisang emas dibawa belayar,
Masak setandan di dalam belanga,
Masak sendiri jimat duit keluar,
Hidangan untuk seisi keluarga.

Sekian, terima kasih daun keladi, esok lusa saya buat posting lagi.